Tuesday, January 25, 2011

Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng Negeri Sembilan




S
















Suasana sesak di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan yang dipenuhi tahanan Imigresen dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. Jabatan Imigresen hari ini yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Raja Mohd Raja Ismail, membawa wakil media melawat Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan Depot Tahanan Imigresen Sepang KLIA. -- fotoBERNAMA


Banyak cerita yang aku baca dari internet mengenai Depot Tahanan di Lenggeng,Negeri Sembilan.Semuanya berita yang kurang enak didengar.Kes terbaru ialah mengenai gelagat tahanan yang berada di dalam sana. Ceritanya begini.
Suatu hari aku mendapat panggilan miss call dari nombor yang tidak ku kenali.Aku teragak-agak untuk membuat panggilan semula namun hati kecil ku berkata mungkin ini daripada orang yang aku kenal.jadi aku pun menalipun kembali nombor yang terpapar di skrin handphone aku.Tak syak lagi memang dari seseorang yang aku kenal.Aku pun berbual sekejap dengan kenalan aku yang sememangnya berada di dalam tahanan Lenggeng tersebut.Selepas aku habis berbual dengan kenalan aku tu,dia memberitahu aku  yang aku kena isi topup Digi Rm10 untuk nombor yang sedang dia guna tu.Aku kata ok,insyaallah,aku akan masukkan top up nanti.Tak apalah bisik hati kecilku,ada juga hamba Allah yang sanggup piinjamkan handphone untuk rakan-rakan yang berada di dalam kesulitan.Keesukkan harinya,aku cuba untuk menghubungi kenalanku tu melalui nombor handphone semalam.Ternyata berkesan.Alahmdulillah,aku dapat bercakap dengan kenalan aku tu,dan sebelum abis perbualan kami,pemilik handphone tu minta diisi top up rm10 lagi.Aku tak terkata apa-apa namun,selepas itu aku janji akan isikan rm10 apabila aku keluar ke kedai.Hati aku sangat sedih dan marah juga pada pemilik hand phone tu.Sekarang ini baru aku tahu,rupa-rupanya dia bagi pinjam phone bukan kerna peri kemanusiaan dan simpati tetapi hanya semata-mata untuk mendapat ganjaran lumayan.Setiap kali samada dia buat miss call atau sesiapa saja yang menghubunginya melalui nombor miliknya,akan dikenakan bayaran sebanyak rm10 walhal,credit panggilan telefon sipemanggil yang kena bayar dan juga terpaksa membayar kepada pemilik handphone juga.Pandai juga geng-geng ni buat bisnes walaupun di dalam keadaan sedemikian.Sekarang ni,aku fikir dua tiga kali sebelum buat panggilan menggunakan nombor orang tahanan tu.Hari ini aku cuba menghantar sms dan meminta tolong pemilik handphone tu sampaikan berita sms tu pada kenalanku tu,Allahu 'alam

3 comments: